Keluaran dan sambutan Polis_EVO

Ulasan kritis

Filem ini menjadi mahsyur kerana promosi "mulut-ke-mulut" dan di media sosial[16] dek ulasan yang menarik dan positif.[17] Filem ini berjaya menjadi antara 10 carian terbanyak[18] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[19][20]

Rata rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Kenneth Chaw daripada The Star memberi ulasan "Polis EVO mempunyai cita-cita tinggi dan berjaya mencapai cita-cita tersebut."[21] Akhmaliah Razak dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "...setanding filem antarabangsa."[22] Nasir Jani dari akhbar yang sama pula beranggapan "... berjaya menghiburkan penonton dengan ramuan-ramuan perlu ada pada sebuah filem aksi dengan garapan ala Malaysia."[23]Aidil Rusli dari The Malay Mail pula mengulas "...calon yang kuat untuk dinobatkan sebagai filem Terbaik Malaysia tahun 2015".[24] Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini "4 Biji Rotikaya".[25]

Pecah panggung

Majlis pelancaran filem ini telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.Trailer filem ini telah dimuat naik ke YouTube pada hari yang sama.Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 3 September 2015. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015 di 98 buah pawagam di seluruh Malaysia juga Brunei.[26] Selepas empat hari tayangan, filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pawagam yang menayangkan filem ini meningkat kepada 101 buah pawagam.[27][28]Kutipan bagi filem ini meningkat kepada RM8 juta selepas sebelas hari tayangan.[29]Selepas tiga minggu ditayangkan, jumlah kutipan terus meningkat kepada RM13 juta dengan jumlah panggung sebanyak 102 buah.Kutipan meningkat lagi sebanyak RM2 juta memasuki sebulan tempoh tayangan, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 juta.[30]Memasuki minggu ke-enam tayangan, kutipan filem ini terus bertambah menjadi RM16 juta.[31]

Selepas 60 hari ditayangkan di pawagam, kutipan filem ini ialah sebanyak RM17.8 juta, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh filem 2014 The Journey (RM16.87 juta).[32]

Rujukan

WikiPedia: Polis_EVO http://www.agendadaily.com/Hiburan/zizan-cerita-ki... http://english.astroawani.com/entertainment-news/t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/biasiswa-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/impak-pol... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/penonton-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/raline-sh... http://www.astroawani.com/video-hiburan/shaheizy-s...